Aktivti

2007


       Pasukan Robotik SK KGV mula menyertai pertandingan robotik peringkat negeri dalam kategori regular dengan menghantar 3 pasukan yang terdiri dari 9 orang murid tahun 5 dan 6 dan dilatih oleh seorang guru Kemahiran Hidup iaitu En Mutalib b Sharif ( berpindah ) dan seorang guru Sains, En Zaini b Mohamad.

                                           
                                           2008 


          2008, KGV mula membuat persediaan awal untuk National Robotic Competition Negeri Sembilan Zon F (NRC). Sebanyak 2 pasukan regular terdiri dari 3 orang murid setiap pasukan dan 1 pasukan open yang terdiri dari 3 orang diuruskan oleh En. Ahmad Faizal dibawah Panitia Sains. Dikenali sebagai KGV  team 1 hingga 3, pasukan ini mula berlatih sejak bulan Mac setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis jam 3.00 hingga 5.30 petang.
          Latihan dijalankan di Bilik BBM PSS KGV memandangkan semua set robotik ditempatkan di sana. Pelajar terdiri dari tahun 4,  5 dan 6. Sesi latihan dijalankan dengan bantuan En Zaini Mohamad. Pertandingan Robotik ZON F Negeri Sembilan dijalankan pada bulan Jun 2006 bertempat di Sekolah Dato Abdul Razak Seremban. Buat kali pertama,  KGV 1 telah berjaya memenangi tempat ketiga kategori open, Anugerah Best Decoration Award dan Best Mentor Award,


                                         2009


          KGV menubuhkan kelab robotik yang dikenali sebagai King George V Robotic Club (KGV RC) . Latihan dijalankan bermula bulan Mac setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Latihan juga dijalankan pada waktu kokurikulum bagi pelajar Kelab Robotik.

        Tahun ini KGV menghantar 3 pasukan regular 3 orang setiap pasukan dan 1 pasukan open terdiri dari 3 pelajar. Masih dikenali sebagai KGV RC 1 hingga 4. Terdiri dari murid tahun 5 dan 6 Latihan dijalankan di Bilik BBM dari jam 3.00- 5.30 petang dilatih oleh En Faizal, Encik Zaini dan kelab diuruskan oleh Puan Suzana bt Dato Mustafa . NRC Zon F dijalankan pada bulan Julai bertempat di SMK Puteri. SK KGV mendapat tempat ke 3 bagi kategori open dan Best Presentation Award.

                                           2010



         Latihan bermula pada bulan Mac, setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis jam 3.00 – 5.30 petang di bilik BBM. Tahun ini buat kali pertama KGV melatih 2 orang pelajar perempuan untuk mewakili sekolah dalam NRC Zon F bagi kategori regular. Sebanyak 3 pasukan regular dan 1 pasukan open (RC 1-4) terdiri dari pelajar tahun 5 dan 6 dilatih bagi menghadapi pertandingan tersebut.
          Pertandingan berlangsung pada bulan Julai bertempat di Sekolah Dato Abdul Razak. Pasukan open SK KGV berjaya mendapat tempat ke 2 dan Anugerah Best Teamwork Award dan Best Presentation Award.
          Pada tahun ini juga Kelab Robotik  SK KGV telah menyertai pertandingan Battle Bot Challenge anjuran Khazanah Nasional dengan kerjasama Bank Islam. Penyertaan terbuka kepada murid tahun 5. Pasukan KGV telah berjaya mendapat tempat ke 3 bagi Zon Selatan di Johor Bahru dan kalah di peringkat separuh akhir bagi peringkat kebangsaan bertempat di UNITEN Bangi pada bulan September 2010.
                                        2011
          KGV RC telah diberikan sebuah bilik khas bertempat di Makmal Komputer 2 untuk menempatkan set alatan memandangkan Bilik BBM adalah lokasi terbuka yang sering digunakan oleh murid lain juga, selain itu bilik ini dilengkapi dengan 1 set komputer khas untuk programming dan dokumentasi KGV RC. Pasukan juga boleh menggunakan beberapa komputer di bilik komputer untuk programming dan ini memudahkan lagi sesi latihan.
          Latihan dijalankan setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis jam 2.30 hingga jam 5.00 petang. Terdiri dari murid tahun 4, 5 dan 6 KGV telah menyediakan 5 pasukan regular terdiri dari 3 orang pelajar dan kategori open 3 orang pelajar. Terdapat 2 orang pelajar perempuan tahun 5 dalam pasukan KGV RC tahun ini. NRC Zon F dijalankan pada bulan Julai bertempat di Sekolah Menengah Sains Rembau. KGV RC 1 telah menjadi johan dalam kategori open dan Anugerah Best Presentation Award. Peringkat kebangsaan dijalankan pada bulan September bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur , pasukan KGV RC 1 hanya berjaya mendapat tempat ke 12 dan anugerah Best Mentor Award.

2012

Robotic Club SK KGV telah memulakan latihan pada bulan Mac dan disertai oleh ahli kelab robotik. Tahun ini terdapat dua pertandingan utama iaitu di peringkat daerah dan negeri. Bagi peringkat daerah, ini dijalankan buat pertama kali bertujuan memastikan sekolah dalam daerah bersedia untuk ke peringkat negeri.





.

No comments:

Post a Comment